Kedai Aplikasi Windows 8.1 Akan Ditamatkan Pada Disember 2019

Kedai Aplikasi Windows 8.1 Akan Ditamatkan Pada Disember 2019

Diterbitkan pada Okt 17, 2019 oleh .

Microsoft kini berkongsi mengatakan yang mana mereka akan menamatkan sokongan untuk kedai aplikasi Windows Phone 8.1 Store pada 16 Disember 2019 – iaitu dalam tempoh dua bulan lagi.

Pengumuman ini mungkin telah sedia dijangka ramai, apatah lagi dengan sokongan untuk sistem operasi Windows Phone 8.1 telah pun ditamatkan pada 11 Julai 2017 yang lepas.

Selepas tarikh berkenaan, pengguna tidak lagi akan boleh memuat-turun aplikasi atau mengemaskininya pada peranti Windows Phone 8.1. Namun, aplikasi yang telah sedia dimuat-turun boleh digunakan – tetapi dengan sejumlah had, dan sehingga pembangun menyokongnya.

Microsoft mengatakan yang mana beberapa peranti sedia menerima kemaskini Windows 10 Mobile – sekaligus membolehkan pengguna menggunakan aplikasi dan kedai aplikasi, walaupun sokongan untuknya telah pun ditamatkan.


TIPS & ULASAN