Yahoo Groups Akan Ditamatkan Pada 14 Disember 2019

Yahoo Groups Akan Ditamatkan Pada 14 Disember 2019

Diterbitkan pada Okt 17, 2019 oleh .

Yahoo Groups merupakan salah satu perkhidmatan daripada Yahoo yang disediakan dalam memudahkan perbincangan dikalangan sesuatu komuniti – dan menariknya ia ditawarkan dalam bentuk senarai emel bagi memudahkan rujukan. Ia telah beroperasi sejak 2001 yang lepas, dan antara perkhidmatan yang popular suatu ketika dahulu ketika letusan era emel.

Walaubagaimanapun, dari hari ke hari, perkhidmatan Yahoo! Groups semakin dilupakan, dan kini pihak Yahoo telah mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan berkenaan.

Menurut Yahoo!, bermula 21 Oktober 2019 ini, pengguna tidaklagi boleh membuat perkongsian baru, dan perkhidmatan berkenaan akan ditamatkan pada 14 Disember 2019 kelak – dimana semua kandungan akan dipadam sepenuhnya.

Yahoo mengatakan bagi pengguna yang ingin memuat-turun data mereka daripada Yahoo! Group boleh melakukannya melalui Privacy Dashboard bermula hari ini.


TIPS & ULASAN