iOS 13 ialah sistem operasi yang mempunyai pelbagai pepijat pada tarikh pelancarannya. Ia mungkin dalam bentuk pepijat kecil yang menyebabkan sesetengah aplikasi tidak berfungsi atau lebih serius sehingga skrin tidak boleh mengesan tatalan jari. Apple harus diberi pujian kerana pantas memberikan kemas kini dan hari ini iOS 13.1.3 boleh dimuat turun.
Antara tampalan yang diberikan ialah membaiki masalah peranti tidak berdering apabila panggilan telefon diterima, membaiki tambatan bluetooth kepada alat pendengaran dan menyelesaikan masalah Apple Watch tidak boleh ditambat ke peranti. Kemas kini iOS 13.1.3 bersaiz 145.4 MB dan boleh dimuat turun secara OTA terus dari peranti.