Carian
(Ura-Ura) Galaxy Fold 2 Mungkin Dilancarkan Pada April 2020
October 17, 2019 Aman

Samsung baru sahaja telah mula menjual Galaxy Fold mereka di pasaran tempatan, dan kini desas-desus berkaitan Galaxy Fold 2 telah pun mula kedengaran. Melalui sebuah laporan daripada media di Korea Selatan, ia diperkatakan pembangunan untuk Galaxy Fold 2 telah dimulakan dan dijangka dilancarkan sekitar April 2020 kelak.

Sekiranya hal ini tepat, maka kita mungkin melihat Galaxy Fold 2 dilancarkan berasingan dengan siri Galaxy S. Samsung kebiasaannya melancarkan siri Galaxy S sekitar Februari atau Mac.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah perubahan yang akan dibawakan oleh Samsung melalui Galaxy Fold 2 kelak. Mengikut desas-desus sebelum ini, Samsung diperkatakan sedang menguji telefon dengan skrin boleh-lipat menggunakan sejumlah rekaan yang berbeza, dan bukan seperti Galaxy Fold yang dibuka kedalam sahaja.

Komen