Cari @ Amanz

Dua tahun yang lalu Google Clips dilancarkan. Ia adalah sebuah kamera dengan kecerdasan pintar yang merakam video dan gambar secara automatik bagi menghasilkan klip video pendek yang kemudian disarankan kepada pengguna. Selepas dua tahun, produk ini secara senyap telah dihentikan jualannya,

Kehilangan Google Clips dari kedai atas talian Google disedari oleh laman 9to5Google. Ini menjadikan Clips sebuah lagi produk yang dihentikan setaraf dengan Daydream VR dan Galaxy Buds generasi pertama. Kesemua produk-produk ini mungkin dihentikan kerana kurang mendapat sambutan pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd