SoCar memulakan operasi di Malaysia tahun lalu. Mereka menawarkan perkhidmatan menyewa kenderaan menggunakan aplikasi. Mereka kini menawarkan promosi menarik #NightCraving yang membolehkan kenderaan disewa pada waktu malam dengan potongan harga 50%.
Pengguna hanya perlu menyewa kenderaan dari jam 9 malam hingga 5 pagi keesokan harinya. Potongan 50% diberikan dari hari Isnin hingga Khamis. Sewaan pada hari Jumaat pula diberikan potongan 30%. Tawaran ini boleh digunakan pada kesemua jenis kenderaan SoCar kecuali BMW dan MINI. Untuk terma dan syarat lengkap sila layari laman Socar.