Selami Screensaver Komputer Klasik Secara 3D Menerusi Screensavers VR

Selami Screensaver Komputer Klasik Secara 3D Menerusi Screensavers VR

Diterbitkan pada Okt 17, 2019 oleh .

Suatu ketika dahulu terdapat industri kecil menghasilkan screensaver untuk mengelakkan masalah imej “terbakar” pada skrin komputer. Antara screensaver popular ialah yang mempunyai rekaan seperti koridor Doom dan paip yang terapung di dalam dunia secara 3D. Pengguna komputer moden tidak lagi peduli tentang penggunaan screensaver kerana lebih gemar mematikan sahaja skrin selepas tempoh yang ditetapkan.

Tetapi bagi mereka yang bernostalgia dengan penggunaan screenaver, permainan Screensaver VR akan dilancarkan bulan ini. Ia membenarkan anda menyelami screensaver popular Windows secara 3D di dalam dunia maya. Lima screensaver klasik seperti Pipes, Starfield, 3D Text, Maze dan Neon. Kesemuanya diakses menerusi sebuah komputer klasik maya di sebuah pejabat. Screensaver VR boleh digunakan pada peranti realiti maya Oculus dan Vive.


TIPS & ULASAN