Carian
42 Peratus Penempatan Orang Asli Di Malaysia Kini Menikmati Rangkaian 4G – Gobind Singh Deo
October 17, 2019 Nazrin

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa pihak kerajaan mempunyai pelan untuk menambahkan jumlah menara telekomunikasi di seluruh Malaysia untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat sambungan internet yang pantas.

Di sidang Parlimen baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa setakat ini, sekitar 82 peratus daripada 835 perkampungan di sekitar Malaysia sudahpun mendapat akses kepada sambungan rangkaian 3G, manakala 42 peratus daripadanya telahpun mula menikmati rangkaian 4G.

Salah satu daripada pelan kerajaan, melalui pelan NFCP ialah untuk menyediakan dan menambahbaik liputan selular dan data di sekitar 151 kawasan penempatan orang asli di seluruh negara untuk memudahkan dan memperkasakan komunikasi dengan dunia luar.

Komen