Cari @ Amanz

NVIDIA dikatakan akan melancarkan kad grafik GeForce GTX 1660 Super yang menggunakan memori GDDR6 dan bukan GDDR5 yang lama, tetapi tidak banyak butiran lanjut yang diketahui mengenainya buat masa ini.

Akan tetapi, nampaknya beberapa jenama kad grafik sudahpun memperlihatkan siri kad grafik ini dengan sistem penyejuk mereka sendiri, dan diantaranya ialah MSI.

MSI dilihat akan memperkenalkan dua model kad grafik ini, iaitu MSI GeForce GTX 1660 Super Gaming X dan juga MSI GeForce GTX 1660 Super Ventus XS. Kedua-dua kad grafik ini dikatakan akan hadir dengan memori GDDR6 sebanyak 6GB.

Perbezaan ketara diantara kedua-dua kad grafik ini boleh dilihat melalui saiz kad grafik tersebut. Model Gaming X hadir dengan rekaan kad grafik bersaiz biasa, manakala model Ventus X hadir dengan rekaan yang lebih mesra rangka komputer bersaiz padat.

Buat masa ini, ia masih tidak disahkan lagi bilakah kad grafik siri GeForce GTX 1660 Super ini akan dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd