iQOO adalah sub-jenama daripada Vivo yang memfokuskan peranti gaming. Ia mula diperkenalkan pada tahun ini dan ia hanya memfokuskan pasaran di China sahaja. Selain itu, jenama iQOO ini turut mempunyai model iQOO Neo iaitu model dengan spesifikasi seakan peranti mercu tetapi jauh lebih murah. Model pertama dijana Snapdragon 845 dan dijual pada harga bawah RM1100.
Kini iQOO ingin melancarkan model iQOO Neo baharu pula. Apa yang menarik adalah, ia akan dijana Snapdragon 855 dan akan dilancarkan pada 24 Oktober kelak. Tiada butiran lain yang diperoleh lagi buat masa ini. Tetapi tidak dinafikan yang ia akan dijual pada harga yang tidak masuk akal, mungkin kekal di sekitar RM1100. Jika benar, ia akan menjadi peranti paling murah dengan Snapdragon 855. Sama-sama kita nantikan.