Cari @ Amanz

iOS 13 dan iPadOS 13 adalah sistem operasi dari Apple untuk iPhone dan iPad. Ia hadir secara stabil pada 20 September lepas dan sehingga hari ini, sudah tiga minggu usia iOS 13. Dalam temph tiga minggu ini, sudah empat kemaskini Apple berikan iaitu iOS 13.1, iOS 13.1.1, iOS 13.1.2 dan iOS 13.1.3. Jarang sama sekali Apple beri kemaskini sebanyak ini, jelas di sini iOS 13 adalah sistem operasi separuh masak kerana perlu ditampal sehingga empat kali dalam tempoh yang singkat.

Terkini, Apple telah kongsi statistik penggunaan iOS 13. Semua iPhone yang wujud di dunia ini, sudah 50% menjalankan iOS 13. 41% menjalankan iOS 12 dan hanya 9% yang menjalankan versi iOS yang lebih lapuk. Bagi iPadOS pula, kesemua iPad buat masa ini sebanyak 33% telah menjalankan iPadOS 13. Adakah anda salah seorang daripada pengguna yang menyumbang kepada data statistik ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd