Cari @ Amanz

Xiaomi sebentar tadi melancarkan dua monitor komputer yang menyasarkan pengguna yang meminati permainan video. Percubaan sulung mereka ini ialah evolusi seterusnya selepas selama ini menghasilkan televisyen pintar pelbagai saiz.

Mi Surface Display ialah model yang paling premium dengan skrin melengkung dan ultralebar. Ia dilengkapi skrin 21:9 sebesar 34″ dengan resolusi 3440×1440 pixel. Monitor ini turut menyokong kadar segar semula 144Hz dan sudut lengkungan 1500R. Sokongan AMD FreeSync disertakan pada monitor yang mampu memaparkan 121% warna SRGB.

Mi Display pula sebesar 23.8″ beresolusi HD penuh dengan sudut pandangan sehingga 178 darjah. Terdapat bezel yang nipis pada bahagian sisi dan atas. Tidak seperti Mi Surface Display, Mi Display tidak menyokong AMD FreeSync.

Mi Surface Display dijual pada harga RMB2499 (~RM1477) manakala Mi Display pula dijual pada harga RMB699 (~RM413) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd