Vivo NEX 3 Kini Rasmi Di Malaysia – 5G, Skrin Melengkung 99.6%, RM3899

Vivo NEX 3 Kini Rasmi Di Malaysia – 5G, Skrin Melengkung 99.6%, RM3899

Diterbitkan pada Okt 17, 2019 oleh .

Vivo NEX 3 adalah peranti mercu Vivo yang terbaru. Ia kini bukan lagi peranti konsep dan sudah menjadi produk sebenar. Perkara menarik mengenai Vivo NEX 3 ini adalah ia mempunyai skrin nisbah-ke-badan 99.6%. Saiz skrin 6.89-inci AMOLED Waterfall Display, dijana cip Snapdragon 855+, memori sebesar 8GB RAM, dan storan 256GB. Ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 64MP + 13MP + 13MP, selain kamera pop-naik di hadapan dengan sensor 16-megapixel. Sistem tri-kamera ini menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan juga telefoto.

Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan sistem pengecasan pantas 22.5W Vivo FlashCharge. Dengan pelancaran Vivo Nex 3 5G di Malaysia, kini dua peranti dengan skrin melengkung pada bahagian sisi ditawarkan kepada pengguna tempatan. Vivo NEX 3 5G ini dijual pada harga hanya RM3899. Secara tidak langsung, peranti ini adalah peranti 5G pertama di Malaysia. Cuma sayang sekali, tiadak sokongan 5G lagi di Malaysia.

Pra-tempahan bagi peranti sudah pun dibuka sejak 15 Oktober dan akan berakhir pada esok hari 18 Oktober. Pengguna yang melakukan pra-tempahan akan menerima berus gigi elektrik, pencukur elektrik, beg dan skim perlindungan skrin bernilai RM699 percuma.


TIPS & ULASAN