Hanya beberapa telefon mudah alih layak dimasukkan ke dalam senarai peranti lagenda. Motorola Razr ialah satu satu peranti yang layak kerana rekaannya yang menjadi ikutan industri ketika ia mendominasi pasaran pada awal dekad 2000-an. Sudah lama Razr tidak dilancarkan dan ia kini akan bangkit seperti Phoenix dari abu pada 13 November.
Motorola mula memberikan jemputan untuk sebuah majlis pelancaran pada tarikh tersebut. Imej acah yang disertakan jelas menunjukkan engsel dan peranti yang terlipat dua. Malahan kapsyen yang disertakan ialah “you’re going to flip” yang jelas memberikan petunjuk peranti yang bakal dilancarkan boleh dilipat.
Ura-ura mengenai peranti boleh lipat Razr telah didengari sejak awal tahun. Masih wujudkah peminat Razr di kalangan pembaca Amanz? Sekiranya ya adakah anda teruja degan kemunculannya semula?