Asus Mendaftar Pengecas Nirwayar 15W Tersendiri Di Wireless Power Consortium

Asus Mendaftar Pengecas Nirwayar 15W Tersendiri Di Wireless Power Consortium

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Wireless Power Consortium adalah organisasi yang menetapkan standard bagi teknologi pengecasan nirwayar, iaitu Qi. Tanpa mereka, pasti kesemua peranti yang menyokong pengecasan nirwayar akan mempunyai format berbeza. Ya, ada juga peranti yang menggunakan format tersendiri seperti Xiaomi – tetapi asas teknologi yang digunakan masih lagi berasaskan Qi.

Terkini, Asus dilihat telah mendaftar tiga pengecas nirwayar dengan Wireless Power Consortium. Ketiga-tiga ini adalah model yang sama, membezakan antara kesemuanya adalah warna putih, biru dan merah jambu. Pengecas nirwayar Asus dengan nombor model W1G-AWPM mempunyai kuasa 15W dan menyokong Samsung power deliver extension. Disebabkan Asus Zenfone 6 dan ROG Phone 2 tidak menyokong pengecasan nirwayar, tidak pasti untuk apakah pengecas nirwayar ini. Mungkin Asus hanya menambah produk dalam kategori aksesori kuasa mereka, atau kelak akan ada telefon pintar Asus yang menyokongnya.

Sumber: [1], [2], [3]


TIPS & ULASAN