Face Unlock Pada Pixel 4 Tidak Menyokong Banyak Aplikasi Pihak Ketiga

Face Unlock Pada Pixel 4 Tidak Menyokong Banyak Aplikasi Pihak Ketiga

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah peranti Android pertama dengan sokongan sekuriti pengecaman wajah 100% yang menggunakan API Google dari segi perisian dan juga perkakasan. Tiada langsung sokongan pengimbas cap jari, baik di belakang peranti atau sisi atau juga bawah skrin. Pixel 4 boleh dikatakan seakan iPhone X, yang mana merupakan peranti Apple pertama tanpa pengimbas cap jari. Adakah ianya selamat? Google mendakwa ya, tetapi ia agak melecehkan.

Ini kerana Face Unlock pada Pixel 4 menggunakan API Android 10 BiometricPrompt API untuk menyahkunci peranti, mengakses data-data peribadi, log masuk aplikasi perbankan dan lain-lain. Sayang sekali, banyak aplikasi buat masa ini masih bergantung kepada FingerprintManager API yang sudah dimatikan oleh Google. Ini bermakna banyak aplikasi perbankan seperti Maybank, CIMB Clicks, aplikasi pengurusan kata laluan Lastpass dan banyak lagi – tidak boleh diakses melalui Face Unlock tetapi perlu menggunakan cara lama iaitu mengisi kata laluan.

Walaupun Pixel 4 mempunyai Face Unlock paling pantas di dunia, tetapi apabila ingin membuka aplikasi-aplikasi yang dikunci – terus tidak berfungsi dan perlu menggunakan kata laluan. Apa gunanya beli peranti yang mencecah RM4,000 tetapi tidak banyak berfungsi seperti Motion Sense?


TIPS & ULASAN