Adobe Photoshop Untuk iPad Dilaporkan Masih Dalam Sasaran Untuk Dilancarkan Tahun Ini

Adobe Photoshop Untuk iPad Dilaporkan Masih Dalam Sasaran Untuk Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Adobe telah pun memperlihatkan Adobe Photoshop untuk iPad pada tahun lepas, membolehkan pengguna membuat pelbagai penyuntingan seumpama versi desktop tetapi pada tablet keluaran Apple. Walaubagaimanapun, sejak daripada itu, kita tidak mendengar lanjut berkaitan dengannya.

Terbaru, menurut Bloomberg, ia dikatakan Adobe masih dalam sasaran untuk melancarkan aplikasi Photoshop untuk iPad pada tahun ini.

Adobe Photoshop iPad

Adobe dikatakan telah mula memilih beberapa penguji untuk menguji versi beta aplikasi berkenaan – namun maklumbalas awal daripada mereka dikatakan masih tidak begitu baik.

Adobe sendiri dijangka akan berkongsi lanjut berkenaan penawaran Photoshop untuk iPad ini pada acara Adobe Max pada November kelak.

Menurut Bloomberg juga, Adobe dijangka memperkenalkan Photoshop untuk iPad dengan beberapa ciri-ciri tidak disertakan – tetapi ditambah melalui kemaskini secara berperingkat selepas pelancaran.


TIPS & ULASAN