Huawei Akan Menjual Cip 4G Mereka Kepada Pengeluar Lain

Huawei Akan Menjual Cip 4G Mereka Kepada Pengeluar Lain

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Umu sedia maklum yang cip-cip keluaran Huawei, baik Balong atau Kirin HiSilicon – tidak dikual ke pengeluar lain. Sebaliknya hanya digunakan pada produk-produk mereka sahaja. Sejak isu Huawei dan Amerika Syarikat, tidak dinafikan yang jualan Huawei produk-produk Huawei pasti terjejas. Jadi bagi meningkatkan lagi jualan mereka dan ingin bersaing dengan syarikat lain seperti Qualcomm, Huawei akan mula menjual cip mereka ke pengeluar peranti lain.

Cip pertama yang Huawei ingin jual ke pasaran terbuka adalah Balong 711, iaitu cip 4G mereka. Cip ini boleh digunakan pada pelbagai produk seperti peranti-peranti berhubung, penghala, penjejak dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, dengan mula menjual cip buatan mereka ini ke pasaran terbuka – ia akan mengubah cara Huawei berfikir dan tidak mustahil kelak di masa hadapan cip-cip seperti Kirin HiSilicon 990 akan dijual juga. Wakil Huawei berkata kepada sumber, yang mereka pernah berhasrat untuk menjual cip Kirin ke pasaran terbuka – tetapi mungkin masih belum bersedia.

Huawei juga ingin menjual cip 5G mereka, Balong 5000 kepada pesaing seperti Apple. Tetapi rancangan ini mungkin hanya akan mula dilakukan jika 5G sudah mula berkembang kelak.


TIPS & ULASAN