Kyocera Memperlihatkan Skrin Mikro LED Dengan Keterangan 3000 Nits 240Hz

Kyocera Memperlihatkan Skrin Mikro LED Dengan Keterangan 3000 Nits 240Hz

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Teknologi skrin Mikro LED dijangka akan digunakan pada MacBook Pro dan juga iPhone generasi seterusnya. Tidak seperti OLED, Mikro LED tidak mempunyai masalah screen burn yang menyebabkan tuna skrin di mana imej akan kekal terpapar pada skrin. Ini mencacatkan pemandangan terutamanya jika latar belakang berwarna putih. Di acara CEATEC 2019 yang sedang berlangsung sekarang, Kyocera memperlihatkan prototaip skrin Mikro LED mereka.

Skrin hanya sebesar 1.8-inci tetapi mampu memberikan keterangan sehingga 3000 Nits dengan kadar segar semula sehingga 240 HZ. Skrin OLED yang dikeluarkan oleh Samsung dan digunakan pada Note 10 sekarang misalnya hanya mempunyai keterangan maksimum 1215 Nits. Paling menarik ialah walaupun kecil, ia dilengkapi 200,000 LED. Kyocera menyasarkan penggunaan skrin Mikro LED ini pada papan iklan dan bukannya pada telefon pintar pada waktu ini.


TIPS & ULASAN