Nanoleaf Memperkenalkan Fungsi Screen Mirror – Menyelarikan Lampu Dengan Paparan Skrin Dan Audio

Nanoleaf Memperkenalkan Fungsi Screen Mirror – Menyelarikan Lampu Dengan Paparan Skrin Dan Audio

Diterbitkan pada Okt 18, 2019 oleh .

Lampu Nanoleaf boleh digunakan sebagai hiasan dinding dan amat popular di kalangan selebriti YouTube. Panel Nanoleaf boleh diubah warnanya mengikut mood pengguna. Mereka kini memperkenalkan fungsi baru Screen Mirror yang membolehkan lampu berubah warna selari dengan paparan pada skrin komputer dan TV.

Menerusi aplikasi Windows dan Mac, lampu Nanoleaf Panels dan Nanoleaf Canvas akan berubah mengikut kandungan video yang ditonton, permainan komputer dan juga muzik yang sedang didengari. Ini memberikannya fungsi yang serupa seperti yang disokong oleh pelbagai perisian lampu RGB yang popular di kalangan pengguna komputer.


TIPS & ULASAN