Jam tangan pintar untuk pengguna cergas Samsung Galaxy Watch Active 2 akhirnya tiba ke pasaran Malaysia hari ini. Ketiga-tiga versi iaitu aluminium, versi tahan karat dan Under Armour ditawarkan.
Jam tangan pintar dengan sistem operasi Tizen OS ini hadir dalam dua saiz 40 atau 44mm. Dari segi spesifikasi pula ia hadir dengan cip Exynos 9110, memori 768MB dan storan 4GB. Ia boleh digunakan pada peranti Android dan iOS menerusi apliasi Galaxy Wearable. Harga jualan Galaxy Watch Active 2 adalah seperti di bawah.
- Aluminium – RM1,099 (44mm)
- Stainless Steel – RM1,299 (40mm), RM1,399 (44mm)
- Under Armour – RM1,099 (40mm), RM1,199 (44mm)
Harga jualan jam tangan pintar ini lebih mudah berbanding Apple Watch Series 5 yang dijangka dijual di Malaysia pada penghujung bulan ini. Keunikan Galaxy Watch Active 2 terletak pada sistem kawalan menggunakan bezel yang kini dari jenis sesentuh. Sebelum ini sistem yang sama digunakan pada kawalan bezel berputar fizikal.