Carian
Illegear Membuka Kedai Fizikal Pertama Mereka Di Oval Damansara
October 19, 2019 Nazrin

Anda mungkin mengenali jenama Illegear sebagai pembina komputer desktop dan komputer riba gaming yang boleh diubahsuai komponennya mengikut keperluan dan kemampuan pengguna.

Sebelum ini, untuk menempah dan membeli sebuah komputer Illegear, pengguna perlu memilih model dan komponen melalui laman web mereka, dan walaupun ini boleh dikatakan sangat mudah, pengguna kadang-kala ingin membelek peranti-peranti terlebih dahulu sebelum membelinya.

Untuk memudahkan proses ini, Illegear telah membuka kedai fizikal pertama mereka di bangunan Oval Damansara yang terletak berdekatan dengan kawasan Taman Tun Dr Ismail,

Kedai Illegear ini terletak di aras tanah bangunan tersebut, dan mereka yang ingin menguji komputer-komputer Illegear boleh ke kedai tersebut sebelum memilih untuk membelinya.

Pengunjung bukan sahaja boleh ke kedai tersebut untuk menguji komputer dan meminta pendapat tentang spesifikasi yang mereka perlukan, ia juga berfungsi sebagai pusat khidmat pelanggan jika pengguna Illegear mahu menaiktaraf komponen ataupun perbaiki isu-isu yang mungkin hadir pada komputer-komputer mereka.

Para pengunjung yang datang pada hari pembukaan kedai mereka hari ini dari 1PM hingga 7pm berpeluang mendapatkan pad tetikus, manakala 30 pelanggan pertamayang membeli peranti Illegear akan menerima backpack Duel bernilai RM139,

Komen