Aplikasi Gradient tular di media sosial kerana ia mendakwa boleh menunjukkan siapakah selebriti yang mempunyai wajah yang sama dengan imej di muat naik. Sejak tiga hari kebelakangan ini, terdapat banyak imej dari Gradient dimuat naik ke media sosial kerana wajah pengguna langsung tidak sama dengan wajah selebriti yang diberikan aplikasi. Mungkin ramai merasakan Gradient ialah aplikasi jenaka tetapi tidak menyedari bahaya yang mungkin berlaku pasca aplikasi dimuat turun.
Anda mungkin tidak menyedari Gradient hanya boleh digunakan percuma selama tiga hari. Selepas tempoh tersebut anda akan dikenakan bayaran $3.99 sebulan atau $19.99 setahun. Pembatalan langgan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tamat tempoh percubaan.
Ramai pengguna meninggalkan komen di Play Store merungut mereka sukar untuk membatalkan langganan. Pada waktu yang sama pembangun aplikasi Ticket To The Moon Inc tidak mempunyai sejarah membangunkan aplikasi lain sebelum ini.
Seperti FaceApp sebelum ini, aplikasi dimuat turun dan digunakan tanpa menyedari bagaimana dapat peribadi akan digunakan oleh pembangun. Ticket To The Moon Inc mengesahkan data pengguna tidak akan dijual bagi tujuan pengiklanan. Hanya pengguna yang tinggal di Eropah boleh meminta supaya data yang dikumpul dipadam pada waktu ini. Oleh kami menyarankan anda lebih berhati-hati dengan aplikasi tular dan membaca kesemua terma serta syarat dengan lebih teliti.