Cari @ Amanz

Huawei mempunyai beberapa siri telefon pintar menarik, dan salah satunya adalah siri Nova. Terbaru, Huawei di China telah mula mengacah pengenalan satu lagi telefon pintar dibawah siri Nova, iaitu Huawei Nova 5z.

Huawei Nova 5z

Buat masa ini, Huawei masih belum mengumumkan tarikh pelancaran telefon pintar ini. Namun, pengeluar dari China berkenaan telah pun mula memperlihatkan gambar peranti berkenaan – selain berkongsi beberapa spesifikasi menarik yang akan disertakan bersama dengannya.

Huawei Nova 5z dilihat hadir menyertakan skrin berlubang dibahagian hadapan untuk meletakkan kamera swafoto, selain mana menggunakan empat kamera dibahagian belakang yang diposisikan dalam rekaan segi empat sama dibahagian tengah belakang.

Nova 5z bakal hadir menggunakan cip Kirin 810, selain menggunakan kamera belakang utama 48-megapixel, dan kamera swafoot 32-megapixel.

Buat masa ini, info lanjut berkaitan dengan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi, dan dijangka dikongsikan dalam minggu-minggu akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd