Samsung Menamatkan Program “Linux On Dex” Pada Android 10

Samsung Menamatkan Program “Linux On Dex” Pada Android 10

Diterbitkan pada Okt 21, 2019 oleh .

Samsung sebelum ini telah menawarkan penggunaan sistem operasi Linux menyeluruh melalui penawaran DeX pada peranti mudah-alih mereka. Walaubagaimanapun, ia kini dilihat Samsung menamatkan penawaran program berkenaan.

Samsung Dex Linux

Melalui emel yang dikongsikan Samsung kepada pembangun yang menguji Linux on Dex, mereka mengatakan yang mana program beta berkenaan akan ditamatkan, dan tiada lagi sokongan akan ditawarkan untuk sistem operasi dan peranti akan datang.

Linux on Dex hanya disokong pada versi Android Pie sebelum ini, dan sokongan untuknya akan hilang apabila pengguna mengemaskini kepada versi Android 10 Beta terbaru.

Samsung DeX

Perkara ini semestinya mendukacitakan ramai pihak, terutamanya para pembangun yang ingin menggunakan peranti Samsung sebagai “komputer” mereka untuk pembangunan dan sebagainya.

Bagi anda sendiri, adakah anda berpeluang mencuba Linux on Dex ini?


TIPS & ULASAN