Apple Watch Series 5 Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 1 November – Harga Mencapai RM4849
October 21, 2019
Apple
Aman
Apple hari ini telah mengemaskini laman jualan Apple Malaysia, sekaligus memperlihatkan yang mana jam tangan pintar terbaru mereka akan ditawarkan secara rasminya bermula 1 November 2019 kelak.
Apple Watch Series 5 merupakan penawaran jam tangan pintar terbaru daripada Apple, dimana ia menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya – termasuk sokongan skrin aktif senantiasa, bateri sehingga 18 jam, serta sejumlah ciri-ciri lain.
Di Malaysia, Apple Watch Series 5 akan ditawarkan dalam dua variasi, versi biasa dan juga versi dengan sokongan rangkaian selular. Ia ditawarkan pada harga bermula RM1749 sehingga kepada harga mencapai RM4849.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.