Secara purata, seorang pengguna Instagram mengikuti 300 akaun. Tetapi sekiranya anda mengikuti lebih banyak akaun dari purata, anda mungkin terfikir akaun manakah yang perlu berhenti diikuti. Bagi memudahkan proses ini, Instagram dilihat sedang mencuba fungsi menyarankan kepada pengguna akaun yang boleh berhenti diikuti.
Fungsi ini ditemui oleh Jane Manchung Wong. Fungsi ini akan memaparkan akaun yang paling rendah kadar interaksinya sejak 90 hari dan juga akaun yang paling kerap muncul di susur masa. Menerusi fungsi ini adalah lebih mudah untuk melihat akaun yang tidak mendapat perhatian anda atau terlalu banyak di susur masa sehingga menjengkelkan.
Tidak diketahui bilakah fungsi ini akan diaktifkan. Yang pasti ia adalah fungsi yang kami secara peribadi mahukan kerana sedang dalam proses mengecilkan jumlah akaun yang diikuti di Instagram.
Instagram is testing to “group the accounts you follow to make them easier to manage”, such as:
“Least Interacted With” and “Most Shown in Feed” which are counted in the last 90 days pic.twitter.com/REykEoMqu5
— Jane Manchun Wong (@wongmjane) October 19, 2019