Google Menjelaskan Kenapa Pixel 4 Tidak Menyokong Rakaman Video 4K 60FPS

Google Menjelaskan Kenapa Pixel 4 Tidak Menyokong Rakaman Video 4K 60FPS

Diterbitkan pada Okt 21, 2019 oleh .

Google Pixel 4 adalah satu peranti baharu yang berani Google lancarkan. Tiada lagi Pixel Buds disediakan, tiada lensa sudut ultra lebar, storan dalaman asas yang masih 64GB dan tidak menyokong rakaman video 4K 60FPS.

Peranti ini agak mengecewakan ramai peminat Pixel. Hari ini, Google menjelaskan kenapa Pixel 4 tidak menyokong rakaman video 4K 60FPS. Menurut Google, pengguna lebih gemar merakam dengan resolusi 1080p. Jadi mereka hanya menghabiskan masa untuk memastikan rakaman 1080p menjadi lebih baik. Kemudian, rakaman 4K 60FPS akan memakan banyak ruang storan.

Jika anda tertanya, bagaimana Google boleh ketahui pengguna lebih gemarkan rakaman video 1080p, Googlekan sentiasa memerhati pengguna mereka. Jadi, apakah pendapat anda dengan alasan Google ini?


TIPS & ULASAN