Jam Tangan Wear OS Fossil Gen 5 Boleh Menjawab Panggilan Telefon Pada iPhone

Jam Tangan Wear OS Fossil Gen 5 Boleh Menjawab Panggilan Telefon Pada iPhone

Diterbitkan pada Okt 21, 2019 oleh .

Wear OS sepatutnya adalah pesaing kepada watchOS dalam dunia jam tangan pintar. Amat mengecewakan apabila Google, tidak bersungguh-sungguh dalam pembangunan Wear OS ini. Pengeluar harus membangunkan sendiri ciri/fungsi yang sepatutnya Google bangunkan.

Terkini, Fossil telah membangunkan fungsi yang pasti ramai pengguna Android inginkan. Ia adalah kemampuan menjawab panggilan telefon pada jam tangan pintar Wear OS Gen 5 mereka yang ditambat pada iPhone. Fungsi ini selama ini tidak wujud langsung, akhirnya menjadi realiti.

Fungsi ini dibangunkan khusus untuk Fossil Gen 5 sahaja, kerana mereka yang membangunkan sendiri fungsi ini. Jadi pengguna Wear OS lain, tidak akan dapat mencubanya.


TIPS & ULASAN