Apple dan Google masih belum melancarkan sebarang peranti dengan kemampuan 5G kerana teknologi yang dilihat masih belum matang. Tetapi pengeluar dari Asia telah mengeluarkan pelbagai model dengan sokongan 5G kerana berlumba-lumba untuk mendominasi pasaran yang masih baharu ini. Xiaomi nampaknya paling agresif dan mengesahkan akan melancarkan sekurang-kurangnya 10 peranti 5G pada tahun 2020.
Peranti 5G yang akan dilancarkan terdiri dari peranti kelas permulaan hinggalah ke peranti kelas mercu. Pada waktu ini kesemua peranti 5G adalah dari kelas mercu. Dengan perancangan Xiaomi ini, rangkaian 5G akan dapat dinikmati oleh pengguna dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak. Tahun ini mereka sudah melancarkan dua peranti 5G iaitu Mi 9 Pro 5G dan Mi MIX 3 5G.