Skin-On Ialah Permukaan Sesentuh Untuk Peranti Yang Menyerupai Kulit Manusia

Skin-On Ialah Permukaan Sesentuh Untuk Peranti Yang Menyerupai Kulit Manusia

Diterbitkan pada Okt 22, 2019 oleh .

Setiap hari kini menghabiskan lebih lapan jam menyentuh peranti berbentuk empat segi yang diperbuat daripada logam dan kaca. Permukaan peranti adalah keras dan sejuk tidak seperti menyentuh kulit manusia. Bagi mereka yang mungkin mendambakan sentuhan yang lebih semula jadi pada peranti, Skin-On telah dibangunkan oleh penyelidik dari University of Bristol, Telecomm Paristech dan Sorbonne University.

Skin-On ialah permukaan sesentuh untuk pelbagai peranti yang mempunyai rupa dan tekstur seperti kulit manusia sebenar. Ia boleh menggantikan pad sesentuh pada komputer riba dan panel belakang pada sebuah telefon pintar. Selain mengesan sentuhan, ia turut boleh mengesan genggaman dan cubitan.

Di dalam video demo yang dikongsi, tahap kekuatan audio peranti boleh diubah dengan mencubit permukaan Skin-On dan kemudian memutarkan jadi seperti tombol. Skin-On juga boleh mengesan ia dipegang menggunakan tangan kanan atau kiri dan secara automatik mengubah antaramuka mengikut keselesaan.,

Skin-On boleh digunakan pada kerangka telefon pintar, peranti boleh-pakai dan juga robot untuk menghasilkan interaksi yang terasa lebih semula jadi berbanding bahan binaan yang digunakan sekarang.


TIPS & ULASAN