Carian
Adobe Dijangka Memperlihatkan Adobe Illustrator Untuk iPad Pada Bulan Hadapan
October 22, 2019 Aman

Adobe sebelum ini telah pun memperlihatkan Adobe Photoshop untuk iPad – dimana ia menawarkan ciri penyuntingan menyeluruh pada tablet keluaran Apple berkenaan, lebih kurang sama seperti pada versi komputer. Kini, selain daripada hanya Photoshop, Adobe juga dijangka membawa aplikasi Illustrator untuk iPad.

Adobe Fresco

Menurut laporan Bloomberg, ia diperkatakan yang mana Adobe akan memperlihatkan Adobe Illustrator untuk iPad pada acara Adobe MAX bulan November ini.

Ia dijangka menawarkan ciri penyuntingan penuh seperti pada versi desktop, sekaligus memudahkan pengguna membuat penyuntingan grafik vektor pada tablet iPad.

Langkah ini juga sekaligus akan menarik lebih ramai pereka grafik untuk menggunakan tablet iPad bagi urusan penyuntingan – dan tidak melihat kepada aplikasi lain apabila berfikir berkenaan dengan penyuntingan pada mana-mana peranti.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan Adobe MAX pada awal November kelak untuk melihat pelbagai kejutan daripada pihak Adobe.

Komen