Beberapa pelayar web telah mula menguji sokongan DNS melalui HTTPS secara terbina, dalam usaha menawarkan sokongan sekuriti dan privasi yang lebih baik kepada pengguna.
Terbaru, Opera melalui pelayar web desktop Opera 65 Beta yang terbaru, mereka turut menyertakan ciri ini, dimana pihak Opera menggunakan sokongan Cloudflare DNS untuk tujuan berkenaan. Seperti ramai sedia maklum, pihak Cloudflare sebelum ini telah pun melancarkan perkhidmatan DNS 1.1.1.1 yang menjanjikan privasi dan kepantasan kepada pengguna.
Opera masih melabelkan ciri baru ini sebagai eksperimental buat masa ini.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Opera 65 Beta ini hari ini.