Carian
Sistem Swapandu Hyundai Menggunakan Kecerdasan Buatan Untuk Memandu Seperti Pemilik Kenderaan
October 22, 2019 Effi Saharudin

Terdapat pelbagai sistem swapandu yang telah dibangunkan seperti Tesla Autopilot dan Nissan ProPILOT. Kesemuanya menawarkan sistem swapandu sehingga tahap 3. Tetapi kesemua sistem swapandu ini mengawal kenderaan berdasarkan program yang ditulis dan input luaran dari sensor. Penumpang melaporkan sedikit kurang senang dengan sistem swapandu kerana berbeza dengan cara pemanduan mereka.

Hyundai telah mengumumkan Machine Learning based Smart Cruise Control (SCC-ML) yang mengajuk cara pemilik memandu. Sistem mempelajari cara pemandu membrek, memecut dan masa tindak balas. Dengan SCC-ML, penumpang akan merasa lebih selesa untuk mengaktifkan sistem swapandu.

Bagaimana pula jika pemilik memandu dengan cara berbahaya? Sistem SCC-ML cukup pintar untuk tidak mempelajari cara pemanduan yang boleh membahayakan penumpang. Dengan SCC-ML, kemampuan swapandu pada tahap 2.5 dapat dilakukan.

Komen