Cari @ Amanz

Razer melancarkan komputer riba Razer Blade 15 dengan suis papan kekunci mekanikal minggu lalu. Hari ini mereka melancarkan pula Razer Viper Ultimate yang merupakan tetikus nirwayar untuk gaming yang turut hadir dengan suis optikal.

Razer Viper Ultimate mempunyai tahap kejituan sehingga 20,000 DPI dan mengesan pecutan sehingga 650 inci sesaat. Menerusi teknologi HyperSpeed pula, Razer mengatakan tetikus mereka 25% lebih pantas mengesan pergerakan berbanding tetikus lain di pasaran. Suis optikal pada butang klik mengesan input dalam masa 0.2 ms dan telah diuji untuk beroperasi sehingga 70 juta kali.

Seperti produk lain keluaran Razer, terdapat sokongan untuk Razer Chroma dan Synapse. Lapan buah butang makro disertakan bagi membolehkan kawalan lebih pelbagai di dalam permainan MMORPG. Profil pengguna boleh disimpan terus di alam tetikus. Dengan sekali caj, Razer Viper Ultimate boleh beroperasi sehingga 70 jam. Bagi yang berminat tetikus ini dijual pada harga $130 (~RM544) sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd