Carian
Twitter Memperkenalkan Mod Gelap “Lights Out” Untuk Android
October 23, 2019 Aman

Sejak pengenalan versi baru sistem operasi Android, iOS dan lain-lain, pelbagai pembangun aplikasi telah mula menawarkan pilihan tema gelap. Terbaru, Twitter turut menawarkan pilihan tema gelap menyeluruh untuk pengguna peranti Android mereka.

Melalui penawaran yang dinamakan “Lights Out”, ia menawarkan tema gelap menyeluruh untuk peranti dengan panel AMOLED. Buat masa ini, pengguna perlu mengaktifkan ia secara manual pada menu tetapan pada aplikasi Twitter – dan bukannya secara automatik berdasarkan kepada tetapan sistem operasi.

Bagi anda yang aktif menggunakan Twitter, mungkin boleh kemaskini aplikasi anda di peranti Android hari ini, dan menikmati ciri baru ini.

Komen