Cari @ Amanz

Opera hari ini telah melancarkan kemaskini untuk pelayar web mudah-alih Android mereka, sekaligus menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.

Opera 54

Menjadi fokus utama untuk pengenalan pelayar web mudah-alih baru ini adalah pengenalan pilihan tema baru yang lebih ceria dan berwarna-warni berbanding sebelum ini. Pengguna juga turut boleh menggunakan pilihan untuk aktifkan tema gelap secara automatik berdasarkan kepada tetapan sistem. Bersama-sama pengenalan pilihan tema baru ini, antaramuka untuk pelayar web Opera di Android ini juga lebih dikemaskini berbanding sebelum ini.

Disamping itu, Opera 54 untuk Android tuurt menambah sokongan Bitcoin pada dompet kriptowang yang hadir terbina pada pelayar web berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan Opera di Android, boleh mengemaskini pelayar web berkenaan hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru yang dibawakan bersama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd