Cari @ Amanz

Animoji sudah berusia dua tahun tetapi penggunaannya masih agak terhad. Dengan iOS 13, pengguna peranti tanpa Face ID akhirnya boleh menghasilkan pelekat dengan wajah avatar animoji mereka. Kami ada melihat ramai rakan yang menghabiskan masa menghasilkan animoji yang mempunyai wajah yang sehampir mungkin dengan wajah sebenar.

Di masa akan datang, pengguna tidak perlu lagi menghabiskan masa kerana ia boleh dilakukan secara automatik. Apple telah memfailkan sistem yang menganalisa swafoto sebelum menghasilkan animoji secara automatik. Sistem boleh mengesan kehadiran cermin mata, warna rambut, warna kulit, warna mata dan janggut.

Seperti biasa kewujudan paten tidak bermakna ia akan digunakan pada peranti sebenar. Tetapi dengan Animoji yang lebih hampir kepada muka pengguna sebenar, penggunaan ciri yang agak dilupakan ini mungkin akan meningkat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd