Cari @ Amanz

Di acara CES yang berlangsung Januari yang lalu, monitor Razer Raptor telah diperlihatkan kepada umum. Monitor ini direka khusus untuk peminat permainan video yang inginkan paparan yang kelihatan agresif lengkap dengan sokongan Razer Chrome. Selepas sembilan bulan, Razer Raptor akhirnya ditawarkan pada harga $700 (~RM2934) sebuah.

Razer Raptor dilengkapi skrin 27″ IPS LCD 2560×1440 pixel dengan kadar semula 144Hz, HDR 400 dan AMD FreeSync. Terdapat sokongan lampu LED Razer Chrome pada bahagian tapak. Input yang boleh digunakan pula ialah HDMI 2.0b, Display Port dan USB-C. Bahagian skrin boleh dilaras 90 darjah ke atas bagi memudahkan akses kepada port sambungan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd