Cari @ Amanz

Kingston telah memperkenalkan papan kekunci mekanikal gaming terbaru mereka di acara Computex Taipei beberapa bulan yang lalu.

Papan kekunci ini dinamakan HyperX Alloy Origins dan ia merupakan papan kekunci pertama oleh Kingston yang menggunakan suis mekanikal mereka sendiri yang dinamakan HyperX Red. Ia bukan sahaja mempunyai tahap pengaktifan yang rendah, tetapi mempunyai jangka hayat penekanan sebanyak 80 juta kali.

Rangka HyperX Alloy Origins ini pula diperbuat daripada logam aluminum, dan hadir dengan rekaan yang lebih padat berbanding dengan papan kekunci bersaiz penuh yang lain. Ia juga hadir dengan tapak kaki yang boleh diubahsuai ketinggiannya untuk keselesaan menaip yang lebih baik.

Kabel USB-C papan kekunci ini boleh ditanggalkan supaya ia tidak terlalu menyelirat apabila keluar dibawa ke mana-mana.

HyperX Alloy Origins juga hadir dengan perisian HyperX Ngenuity, dimana pengguna boleh mengubahsuai pelbagai jenis tetapan pada komputer riba ini, dan menyimpannya didalam tiga profil yang berlainan secara terus didalam papan kekunci ini.

Papan kekunci HyperX Alloy Origins ini sudah boleh dibeli di kedai-kedai pengedar barangan Kingston pada harga RM499.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd