Carian
MAHB Tidak Akan Mengenakan Caj Pengangkutan Seru-Pandu Di Lapangan Terbang KLIA Dan KLIA 2
October 23, 2019 Nazrin

Beberapa minggu lalu, ia telah dilaporkan bahawa pemandu-pemandu seru-pandu yang mengambil penumpang di lapangan terbang KLIA dan KLIA 2 perlu membayar caj pengangkutan sebanyak RM5 untuk mengambil penumpang, dan caj tambahan RM5 sekiranya penumpang tersebut lambat memasuki kenderaan tersebut.

Hari ini, pihak MAHB, syarikat pengendali lapangan-lapangan terbang ini telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan mengenakan caj pengangkutan tersebut, dan pemandu seru-pandu boleh mengambil penumpang.

Walaupun begitu, MAHB masih akan mengenakan caj tambahan RM5 sekiranya pemandu-pemandu ini tidak mengambil penumpang selepas lima minit menunggu.

Komen