Huawei Mate X Akan Dipasarkan Bermula Bulan Hadapan – Telefon Boleh-Lipat Daripada Huawei

Huawei Mate X Akan Dipasarkan Bermula Bulan Hadapan – Telefon Boleh-Lipat Daripada Huawei

Diterbitkan pada Okt 23, 2019 oleh .

Huawei sebelum ini telah pun memperlihatkan telefon pintar dengan skrin boleh-lipat mereka, iaitu Huawei Mate X. Ia diperkenalkan menyaingi Galaxy Fold daripada Samsung, dan kini Huawei dilihat telah mula bersedia untuk memasarkannya.

Huawei Mate X

Huawei Mate X

Huawei Mate X

Huawei Mate X hadir dengan skrin boleh-lipat yang menawarkan skrin boleh dilipat-keluar – berbeza dengan Galaxy Fold yang dilipat-kedalam. Ia menawarkan skrin menyeluruh 8-inci, dan apabila dilipat, ia menawarkan skrin 6.6-inci dihadapan, dan 6.38-inci dibelakang.

Huawei Mate X hadir dengan cip Kirin 980, dilengkapi sokongan 5G, selain turut menyertakan sejumlah ciri-ciri dan spesifikasi menarik bersama dengannya.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja. Huawei Mate X akan ditawarkan pada harga 16999 Yuan, iaitu sekitar RM10,000. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penawaran lanjut peranti ini ke negara-negara lain tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN