Grab Kini Memudahkan Anda Memantau Bila Harga Tambang Seru-Pandu Pengangkutan Berubah

Grab Kini Memudahkan Anda Memantau Bila Harga Tambang Seru-Pandu Pengangkutan Berubah

Diterbitkan pada Okt 24, 2019 oleh .

Grab sedia menawarkan kemudahan untuk pengguna membuat tempahan pengangkutan ke sesuatu destinasi dengan mudah. Walaubagaimanapun, kadang-kala, tambang adalah agak tinggi, dan pengguna mungkin ingin menyemak atau membuat tempahan kembali apabila tambang berkenaan berubah.

Grab Tambang Berubah

Untuk tujuan berkenaan, kini Grab menambah sebuah ciri baru pada aplikasi mereka. Apabila tambang pada waktu puncak, pengguna akan diperlihatkan pilihan untuk memantau sesuatu harga tambang. Sekiranya anda mengaktifkan ia, maka aplikasi Grab akan membantu memantau harga pengangkutan untuk sekitar 15 minit akan datang – dan menghantar notifikasi sekiranya harga tambang berkenaan berkurangan.

Grab Tambang Berubah

Ciri ini dilihat hanya dipaparkan apabila ketika waktu puncak dengan tambang tinggi sahaja, dan bukannya sepanjang masa.

Bagi menggunakan ciri baru ini, anda hanya perlu kemaskini aplikasi Grab anda di Android dan iOS, dan mencubanya hari ini.


TIPS & ULASAN