Realme XT Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 Oktober 2019

Realme XT Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 Oktober 2019

Diterbitkan pada Okt 24, 2019 oleh .

Realme Malaysia kini telah mula mengacah kehadiran sebuah lagi telefon pintar baru untuk pasaran tempatan, iaitu Realme XT. Realme menjadualkan tarikh 30 Oktober 2019 ini untuk pelancaran rasmi telefon pintar baru dibawah siri X ini.

Realme XT

Realme XT sebelum ini telah dilancarkan pada 13 September lepas di India, dimana ia hadir dengan skrin 6.4-inci Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 712, memori 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0.

Realme XT

Untuk rakaman gambar, Realme XT hadir dengan kamera utama 64-megapixel, dan menggunakan empat-kamera pada bahagian belakang. Ia turut menyertakan gabungan 8MP (sudut-lebar) + 2MP (makro) + 2MP (depth), selain kamera swafoto 16-megapixel bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, harga jualan masih tidak dikongsikan lagi, dan dijangka diumumkan secara rasminya pada 30 Oktober 2019 ini.


TIPS & ULASAN