Cari @ Amanz

Samsung hari ini telah memperkenalkan cip pemprosesan berspesifikasi tinggi terbaru daripada mereka, iaitu Exynos 990. Cip ini menjanjikan prestasi dan grafik lebih 20% berbanding generasi sebelum ini, dan berkemungkinan besar akan digunakan pada telefon pintar Galaxy S11 akan datang.

Exynos 990

Cip Exynos 990 ini hadir dengan rekaan lapan-teras – dimana menggunakan gabungan rekaan Cortex-A76 dan juga A55, selain mana turut menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya. Melengkapkan ia adalah grafik Mali-G77 GPU. Antaranya adalah sokongan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz, kemampuan sokongan sensor sehingga 6 kamera, kebolehan memproses gambar sehingga 108-megapixel, dan menggunakan rekaan 7nm untuk penjimatan bateri dan penggunaan tenaga lebih efisien.

Melengkapkan pengenalan cip baru ini juga adalah modem 5G terbaru daripada Samsung, iaitu Exynos Modem 5123.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi peranti pertama yang akan menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd