Cari @ Amanz

Dua tahun yang lalu Malaysia ialah negara ketiga dengan jumlah pengguna yang menstrim Netflix pada peranti mudah alih. Kita hanya di belakang India dan Filipina. Menurut Netflix pengguna di Malaysia menstrim kandungan mereka pada peranti mudah alih dua kali ganda lebih lama berbanding purata global. Menyedari hakikat ini pelan khusus hanya untuk peranti mudah alih dilancarkan di Malaysia hari ini.

Pelan ini ditawarkan pada harga RM17 sebulan, lebih kurang separuh pelan Basic yang ditawarkan pada harga RM33 sebulan sebelum ini. Malaysia menjadi negara kedua selepas India menerima pelan khusus untuk peranti mudah alih ini.

Pelanggan akan dapat menstrim Netflix hanya pada satu peranti mudah alih dengan resolusi SD sahaja. Tiada sokongan untuk melontar kandungan ke televisyen pintar atau Chromecast. Akaun juga tidak boleh digunakan pada televisyen pintar, komputer atau konsol permainan video. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke laman Netflix hari ini,

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd