Disney+ Akan Membenarkan Pengguna Untuk Menyimpan Video Yang Dikitar Selagi Langganan Kekal Aktif

Disney+ Akan Membenarkan Pengguna Untuk Menyimpan Video Yang Dikitar Selagi Langganan Kekal Aktif

Diterbitkan pada Okt 24, 2019 oleh .

Perkhidmatan Disney+ akan tiba tidak lama lagi di beberapa pasaran terpilih dulu, dan pada tanda harga langganan yang cukup berpatutan, pihak Disney menjangkakan bahawa ia akan menjadi satu perkhidmatan penstriman video yang sangat popular.

Baru-baru ini, ia telah dilaporkan bahawa Disney masih akan mengekalkan polisi perkitaran filem yang disimpan didalam “Disney Vault” melalui perkhidmatan ini, walaupun ia berkemungkinan hanya akan tertakluk pada filem-filem lama.

Menurut Bob Iger, Ketua Pegawai Eksekutif Disney, ini tidak akan berlaku begitu kerap, dan para pengguna yang memuat turun video-video yang ditukar boleh terus menyimpan dan menontonnya selagi langganan mereka kekal aktif.

Perkhidmatan Disney+ tidak dijangka akan hadir di pasaran Malaysia apabila ia akan diaktifkan pada November 12 kelak, tetapi pada harga $6.99 (~RM24) sebulan, ia mungkin salah satu daripada perkhidmatan penstriman video dengan tanda harga yang cukup mampu milik, tatkala ia diperkenalkan kelak.


TIPS & ULASAN