Honor Band 5 Sport Edition Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM79

Honor Band 5 Sport Edition Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM79

Diterbitkan pada Okt 24, 2019 oleh .

Honor Band 5 mula dijual di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu. Bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang lebih aktif, Honor Band 5 Sport Edition kan mula ditawarkan di Malaysia bermula 11 November hadapan pada harga RM79 seutas.

Penjejak kesihatan ini hadir dengan ciri mengesan aktiviti bola keranjang, bimbingan senaman dan bimbingan larian. Dengan kemampuan kalis air sehingga 50 meter, ia turut boleh digunakan untuk aktiviti renang. Honor Band 5 Sport Edition juga adalah penjejak kesihatan pertama keluaran mereka yang mempunyai tali yang diperbuat daripada plastik yang dikitar semula. Dengan sekali caj, ia boleh beroperasi sehingga 14 hari.

Semasa tempoh pra-tempahan dari 28 Oktober sehingga 10 November ini, Honor Band 5 Sports Edition boleh dibeli pada harga RM 69 seutas menerusi laman Lazada.


TIPS & ULASAN