Cari @ Amanz

Realme adalah sub-jenama Oppo. Jika anda perasan, mana-mana peranti Realme akan menjalankan sistem operasi ColorOS yang berasaskan Android – sama sahaja dengan mana-mana peranti Oppo. Jika anda ikuti perkembangan Realme, sebenarnya Realme ingin hadir dengan RealmeOS untuk peranti mereka. Dengan rancangan ini, mereka boleh bezakan Realme dan Oppo. Tetapi nampaknya, perkara itu akan mengambil lebih masa.

Terkini, dalam saluran YouTube Realme melalui video #AskMadhav Epsiode 11 – ColorOS untuk peranti Realme kelak akan berbeza. Mereka akan mula dengan ColorOS 7, yang mana akan direka seakan Android asli khusus untuk peranti Realme sahaja. Jadi, ada kemungkinan besar yang ColorOS 7 adalah eksperimen Realme untuk RealmeOS kelak di masa hadapan. Kemudian, ColorOS 7 ini juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Jika anda pengguna Realme dan minat akan antaramuka Android asli – ini adalah berita baik buat anda. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd