Carian
OnePlus 7T Pro Dijual Di Malaysia Pada Harga Hanya RM3399
October 24, 2019 Fahim Zahar

Tiga peranti baharu OnePlus adalah, OnePlus 7T, OnePlus 7T Pro dan OnePlus 7T Pro McLarenEdition. Kita sudah tahu yang tiga peranti ini dilaporkan akan masuki pasaran Malaysia pada bulan ini. Sumber kami juga sudah mengesahkan yang ketiga-tiga model ini akan dijual dan hari ini – harga OnePlus 7T Pro sudah mula diperlihatkan oleh penjual-penjual sah.

OnePlus 7T Pro dilihat hanya dijual dalam variasi 8/256 GB sahaja dan berwarna biru. Harga jualan adalah RM3399. Peranti ini secara keseluruhan sama sahaja dengan OnePlus 7 Pro, tetapi cip yang digunakan adalah Snapdragon 855+, lensa telefoto adalah 8MP dengan 3x zum dan sokongan makro, warna biru yang lebih lembut dan akhir sekali – sensor fokus kamera diletakkan di luar bonjol kamera. Harga RM3399 ini dilihat disenaraikan oleh DirectD dan sudah boleh dibeli bermula esok, 25 Oktober 2019. Jika dibandingkan dengan harga jualan OnePlus 7 Pro semasa mula dijual, 7T Pro dilihat dijual pada harga lebih murah.

Bagaimanakah dengan harga ini, adakah ianya baik dan anda akan membelinya? Atau anda akan memilih peranti lain atau set import?

Komen